Pecahan
- Pecahan adalah merupakan nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.
contohnya
3/4 ........... 3 adalah pengangka, manakala 4 adalah penyebut.
1/3 ............. 1 daripada 3 ialah 1/3
Pecahan setara
- adalah merupakan pecahan-pecahan yang sama nilanya
Misalnya,
1/2 = 2/4 = 3/6
Berdasarkan pecahan di atas, 1/2 adalah sama nilainya dengan 2/4, juga sama nilainya dengan 3/6
Bagaimana untuk mengetahui sama ada pecahan setara atau tidak setara?
Untuk menentukan sama ada pecahan setara atau tidak setara,
pecahan setara
1x6=6
2x3=6
Maka, ianya ½ dan 3/6 adalah setara.
Sekiranya pecahan tidak setara,
Tidak setara
1x5=5
3x2=6
Maka….
- berada dalam sebutan terendah jika FSTB bagi pengangka dan penyebut ialah 1.
Misalnya,1/2, 2/3, 4/5
Nombor bercampur
-nombor yg terdiri dpd nombor bulat dan pecahan
Misalnya, 2/1/2, 3/1/4
Pecahan tidak wajar
Pecahan yang pengangkanya sama atau lebih besar daripada penyebut.
Misalnya, 5/2, 7/3, 9/9
Pecahan wajar
Pecahan yang pengangkanya kurang daripada penyebut
Misalnya, 2/5, 3/7
Penambahan pecahan
Proses mencari jumlah bagi dua pecahan atau lebih.
5/6 + 2/1/3 =3/1/6
Penolakan pecahan
Proses mencari beza antara 2 pecahan
1-1/5 = 4/5
½ - 1/5 = 3/10
Gabungan operasi + dan –
Sntiasa kira dari kiri ke kanan mengikut tertib yang diberi
Gabungan sebarang dua operasi
Buat operasi dalam kurungan dahulu, diikuti dengan pendaraban atau pembahagian, kemudian penambahan dan penolakan.
5 - 3/8 + 1/1/4
= 5 - 3/8 + 5/4
= 40/8 – 3/8 + 10/8
= 47/8
= 5/7/8
Pendaraban pecahan
- Pendaraban nombor bulat dengan pecahan ialah penambahan berulang pecahan itu.
- hasil darab pecahan dengan nombor bulat ialah suatu bahagian tertentu daripada nombor bulat itu.
- hasil darab pecahan dengan pecahan ialah suatu bahagian tertentu daripada pecahan itu.
Contoh :
¼ dpd 8 biji
=2 biji
Pembahagian pecahan
- pecahan sebagai pembahagian antara pengangka dan penyebut.
- pembahagian pecahan dengan nombor bulat ialah pengongsian sama rata.
- pembahagian nombor dengan pecahan ialah bilangan kali pecahan itu terkandung dalam nombor itu.
contohnya,
Sehelai kertas berbentuk segi tiga dibahagikan kepada tiga bahagian yang sama.
Setiap bahagian ialah 1/3 kertas warna itu.
Jadi, 1 dibahagi dengan 3 = 1 bahagi 3 = 1/3
Gabungan operasi darab dan bahagi
Tukarkan pembahagian kepada pendaraban dan songsangkan nombor selepas simbol bahagi terlebih dahulu.
KEGUNAAN PECAHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN :
1 ) Sekiranya kita ada sebiji kek dan kita mahu membahagikannya kepada 4 orang. Maka, kita harus membahagikan kek tersebut kepada 4 bahagian. Oleh itu, setiap orang akan mendapat 1/4 bahagian daripada kek tersebut.
KEGUNAAN PECAHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN :
1 ) Sekiranya kita ada sebiji kek dan kita mahu membahagikannya kepada 4 orang. Maka, kita harus membahagikan kek tersebut kepada 4 bahagian. Oleh itu, setiap orang akan mendapat 1/4 bahagian daripada kek tersebut.
Anda juga boleh mengunjungi blog-blog tersebut untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.
http://chekguisza.blogspot.com/2010/02/pecahan-mengenal-konsep-pecahan_21.html
Nombor perpuluhan
Nombor perpuluhan
- nombor yang mewakili pecahan yang penyebutnya kuasa 10, iaitu 10, 100, 1000 dan sebagainya
- setiap digit mempunyai nilai tempat dan nilai digit yang tertentu.
Penambahan
- proses mencari jumlah 2 perpuluhan atau lebih.
Penolakan
- proses mencari beza antara 2 nombor perpuluhan
Pendaraban
- pendaraban nombor bulat dengan nombor perpuluhan ialah proses mencari penambahan berulang nombor perpuluhan itu.
Pembahagian
- pembahagian nombor perpuluhan dengan nombor bulat ialah pengongsian sama rata.
Gabungan operasi
- gabungan tambah dan tolak atau darab dan bahagi
(sentiasa kira dari kiri ke kanan mengikut tertib yang diberi)
- gabungan tambah, tolak, darab ,bahagi, dan ( )
(lakukan pengiraan dalam kurungan dahulu, diiikuti dengan darab atau bahagi, kemudian tambah atau tolak, dari kiri ke kanan)
KEGUNAAN PERPULUHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN :
KEGUNAAN PERPULUHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN :
1 ) Ianya digunakan dalam menyatakan jarak. Contohnya,jarak antara sekolah ke rumah saya adalah 4.3m.
Anda juga boleh mengunjungi blog-blog tersebut untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.
1 ) http://pgsrkpt.blogspot.com/2011/08/mengajar-nombor-pecahan-perpuluhan-dan.html
2 ) http://panduanpercuma.info/petua-tips/4219/cara-mudah-fahami-pecahan-dan-persamaannya-dalam-sistem-perpuluhan/
Peratus
- pecahan dengan penyebut 100
- simbol peratus ialah %
- seratus peratus daripada suatu nilai ialah nilai itu sendiri.
- hubungan penukaran:
>jika hendak menukarkan peratus kepada pecahan atau perpuluhan pula, maka hendaklah dibahagi dengan seratus.
Tambahan
- nilai tambahan
- nilai tmbhn /nilai asal x 100%
- peratus tmbahan
=nilai tambahan/nilai asal x 100% -nilai akhir selepas tambahan
=nilai asal + nilai tmbahn
=(100% + peratus tambahan) x nilai asal
- contoh:
Keuntungan , faedah ringkas, komisen dan dividen.
Susutan
- nilai susutan
=nilai asal – nilai akhir -peratus susutan/nilai asal x 100%
- nilai akhir selepas susutan
=nilai asal-nilai susutan
=(100% - peratus susutan) x nilai asal
contoh:
Kerugian dan diskaun.
Kemelia berjaya mendapat tempat pertama dalam suatu kuiz teka-teki.
Dia menjawab 97 soalan dengan betul daripada 100 soalan.
Kita boleh nyatakan bahawa 97 daripada 100 ialah 97/100 dan 97/100 boleh ditulis sebagai 97%.
(peratus ialah pecahan dengan penyebut 100)
Mencari tambahan atau susutan dalam peratus
A ) Kos=RM60 harga jualan =RM75
=harga jualan –kos
=RM 75-RM60
=RM15
Peratus keuntungan
=keuntungan/kos x 100%
=RM15/RM60 x 100 %
=25 %
B)Kos = RM40, harga jualan = RM 34
kerugian
=kos – harga jualan
=RM40-RM34
=RM6
Peratus kerugian
=kerugian/kos x 100 %
=RM 6/RM 40 x 100 %
=15 %
KEGUNAAN PERATUS DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN :
1 ) Peratus boleh digunakan untuk menyatakan bilangan pelajar yang lulus di dalam peperiksaan. Sebagai contoh, 80% pelajar di dalam kelas 5ST lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan, manakala 20 % telah gagal.
Anda juga boleh mengunjungi blog-blog tersebut untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.