Selasa, 4 Oktober 2011

PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUS

Pecahan

  • Pecahan adalah merupakan nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.
contohnya 
3/4     ...........   3 adalah pengangka, manakala 4 adalah penyebut.


                                           

1/3 .............  1 daripada 3 ialah 1/3

Pecahan setara
  • adalah merupakan pecahan-pecahan yang sama nilanya
Misalnya,
1/2 =  2/4 = 3/6

Berdasarkan pecahan di atas, 1/2 adalah sama nilainya dengan 2/4, juga sama nilainya dengan 3/6

Bagaimana untuk mengetahui sama ada pecahan setara atau tidak setara?
Untuk menentukan sama ada pecahan setara atau tidak setara,

pecahan setara
1x6=6
2x3=6
Maka, ianya ½ dan 3/6 adalah setara.


Sekiranya pecahan tidak setara,
Tidak setara
1x5=5
3x2=6
Maka….
  • berada dalam sebutan terendah jika FSTB bagi pengangka dan penyebut ialah 1.
Misalnya,1/2, 2/3, 4/5

Nombor bercampur
-nombor yg terdiri dpd nombor bulat dan pecahan
Misalnya, 2/1/2, 3/1/4

Pecahan tidak wajar
Pecahan yang pengangkanya sama atau lebih besar daripada penyebut.
Misalnya, 5/2, 7/3, 9/9

Pecahan wajar
Pecahan yang pengangkanya kurang daripada penyebut
Misalnya, 2/5, 3/7

Penambahan pecahan
Proses mencari jumlah bagi dua pecahan atau lebih.

5/6 + 2/1/3 =3/1/6

Penolakan pecahan
Proses mencari beza antara  2 pecahan
1-1/5 = 4/5
½ - 1/5 = 3/10

Gabungan operasi + dan –
Sntiasa kira dari kiri ke kanan mengikut tertib yang diberi

Gabungan sebarang dua operasi
Buat operasi dalam kurungan dahulu, diikuti dengan pendaraban atau pembahagian, kemudian penambahan dan penolakan.
5 - 3/8 + 1/1/4
= 5 - 3/8 + 5/4
= 40/8 – 3/8 + 10/8
= 47/8
= 5/7/8

Pendaraban pecahan
  • Pendaraban nombor bulat dengan pecahan ialah penambahan berulang pecahan itu.
  • hasil darab pecahan dengan nombor bulat ialah suatu bahagian tertentu daripada nombor bulat itu.
  • hasil darab pecahan dengan pecahan ialah suatu bahagian tertentu daripada pecahan itu.

Contoh :
¼ dpd 8 biji
=2 biji


Pembahagian pecahan
  • pecahan sebagai pembahagian antara pengangka dan penyebut.
  • pembahagian pecahan dengan nombor bulat ialah pengongsian sama rata.
  • pembahagian nombor dengan pecahan ialah bilangan kali pecahan itu terkandung dalam nombor itu.

 contohnya, 

Sehelai kertas berbentuk segi tiga dibahagikan kepada tiga bahagian yang sama.
Setiap bahagian ialah 1/3 kertas warna itu.
Jadi, 1 dibahagi dengan  3 = 1 bahagi 3 = 1/3

Gabungan operasi darab dan bahagi
Tukarkan pembahagian kepada pendaraban dan songsangkan nombor selepas simbol bahagi terlebih dahulu.


KEGUNAAN PECAHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN :

1 ) Sekiranya kita ada sebiji kek dan kita mahu membahagikannya kepada 4 orang. Maka, kita harus membahagikan kek tersebut kepada 4 bahagian. Oleh itu, setiap orang akan mendapat 1/4 bahagian daripada kek tersebut.




Anda juga boleh mengunjungi blog-blog tersebut untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.



http://chekguisza.blogspot.com/2010/02/pecahan-mengenal-konsep-pecahan_21.html
Nombor perpuluhan
  • nombor yang mewakili pecahan yang penyebutnya kuasa 10, iaitu 10, 100, 1000 dan sebagainya
  • setiap digit mempunyai nilai tempat dan nilai digit yang tertentu.

Penambahan
  • proses mencari jumlah 2 perpuluhan atau lebih.

Penolakan
  • proses mencari beza antara 2 nombor perpuluhan

Pendaraban
  • pendaraban nombor bulat dengan nombor perpuluhan ialah proses mencari penambahan berulang nombor perpuluhan itu.
Pembahagian
  • pembahagian nombor perpuluhan dengan nombor bulat ialah pengongsian sama rata.

Gabungan operasi
  • gabungan tambah dan tolak atau darab dan bahagi
(sentiasa kira dari kiri ke kanan mengikut tertib yang diberi)
  • gabungan tambah, tolak, darab ,bahagi, dan ( )
(lakukan pengiraan dalam kurungan dahulu, diiikuti dengan darab atau bahagi, kemudian tambah atau tolak, dari kiri ke kanan)

KEGUNAAN PERPULUHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN :

 1 ) Ianya digunakan dalam menyatakan jarak. Contohnya,jarak antara sekolah ke rumah saya adalah 4.3m.





Anda juga boleh mengunjungi blog-blog tersebut untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

1 ) http://pgsrkpt.blogspot.com/2011/08/mengajar-nombor-pecahan-perpuluhan-dan.html


2 ) http://panduanpercuma.info/petua-tips/4219/cara-mudah-fahami-pecahan-dan-persamaannya-dalam-sistem-perpuluhan/





Peratus
  • pecahan dengan penyebut 100
  • simbol peratus ialah %
  • seratus peratus daripada suatu nilai ialah nilai itu sendiri.
  • hubungan penukaran:
> jika hendak menukarkan pecahan atau perpuluhan kepada peratus, maka hendaklah didarab dengan seratus.
>jika hendak menukarkan peratus kepada pecahan atau perpuluhan pula, maka hendaklah dibahagi dengan seratus.                                  
                                                                  

Tambahan
  • nilai tambahan
  • nilai tmbhn /nilai asal x 100%

  • peratus tmbahan
=nilai tambahan/nilai asal x 100% -nilai akhir selepas tambahan
=nilai asal +  nilai tmbahn
=(100% + peratus tambahan) x nilai asal

  • contoh:
Keuntungan , faedah ringkas, komisen dan dividen.

Susutan
  • nilai susutan
=nilai asal – nilai akhir -peratus susutan/nilai asal x 100% 
  • nilai akhir selepas susutan
=nilai asal-nilai susutan
=(100% - peratus susutan) x nilai asal

contoh:
Kerugian dan diskaun.


Kemelia berjaya mendapat tempat pertama dalam suatu kuiz teka-teki.
Dia menjawab 97 soalan dengan betul daripada 100 soalan.
Kita boleh nyatakan bahawa 97 daripada 100 ialah 97/100 dan 97/100 boleh ditulis sebagai 97%.
(peratus ialah pecahan dengan penyebut 100)

Mencari tambahan atau susutan dalam peratus
A ) Kos=RM60  harga jualan =RM75
=harga jualan –kos
=RM 75-RM60
=RM15

Peratus keuntungan
=keuntungan/kos x 100%
=RM15/RM60 x 100 %
=25 %

B)Kos = RM40, harga jualan = RM 34
kerugian
=kos – harga jualan
=RM40-RM34
=RM6

Peratus kerugian
=kerugian/kos x 100 %
=RM 6/RM 40 x 100 %
=15 %













                                                                                                 
KEGUNAAN PERATUS DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN :
1 ) Peratus boleh digunakan untuk menyatakan bilangan pelajar yang lulus di dalam peperiksaan. Sebagai contoh, 80% pelajar di dalam kelas 5ST lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan, manakala 20 % telah gagal.

Anda juga boleh mengunjungi blog-blog tersebut untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.
 
2 ) http://pgsrkpt.blogspot.com/2011/08/mengajar-nombor-pecahan-perpuluhan-dan.html

1 ulasan: